Thursday, January 26, 2012

was-was

Allah swt memaafkan hamba atas bisikan was-was yang mereka hadapi. Sabda Nabi :

إن الله عز وجل تجاوز لأمتي ما وسوست به وحدثت به أنفسها ما لم تعمل أو تتكلم به

“Sesungguhnya Allah mema’afkan umatnya apa-apa yang dibisikan (was-waas) dan apa sahaja yang melalui fikirannya, selama-mana dia tidak melakukannya atau berkata mengenainya” [Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim]. 

Was-Was adalah mainan Syaitan. Diantara 3 perkara utama yang dapat membantu mengatasi was-waas adalah :

1. Setiap kali wujud bisikan, cuba buat tidak tahu (ignore) bisikan tersebut. Cuba larikan fikiran anda dan di ganti dengan berzikir kepada Allah swt.

2. Mohon do’a banyak kepada Allah swt moga-moga dapat membantu anda didalam permasalahan was-waas. Diantara do’a yang boleh dibaca, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni melalui A’isyah ra.:

آمنا بالله وبرسله
“(Aamantu Billaahi wa bi rusulihi) – Aku beriman dengan Allah dan Rasulnya” sebanyak 3 kali.

3. Bejumpa orang yang alim didalam bidang hati dan cara pengubatannya. Mudah-mudahan orang alim tersebut dapat membantu. eg: Darul Syifa', dibawah kelolaan Dato Dr Haron Din.

Berikut adalah petikan dari jawapan Ustaz Abu Umair berkenaan dengan cara mengubati penyakit was-waas.

- Hendaklah disedari bahawa was-was seperti itu adalah daripada syaitan, untuk merosakkan amal ibadah hamba Allah. Maka jangan sekali-kali membiarkan diri kita terpedaya dan menjadi habuan musuh utama kita. Ulama mengatakan: "Ubat kepada was-was ialah keyakinan bahawa ia adalah daripada syaitan, dan Iblis yang membawanya kepada seorang muslim".

- Hendaklah diketahui bahawa mengulang-ulang solat, wudhu', takbiratul ihram dan lain2 amalan kerana waswas adalah suatu yang dicela syarak. Malahan sepakat ulama mengatakan ia adalah satu bidaah, dan kesesatan dalam agama. (Majmuk Fatawa Ibn taimiyyah).

- Memperbanyakkan meminta perlindungan dengan ALlah daripada gangguan syaitan, iaitu dengan mengamalkan istiazah-istiazah yang diajar oleh Nabi SAW. Antaranya: istiazah di dalam solat sebelum Fatihah, istiazah sebelum masuk bilik air, dan lain-lain.

- Di dalam solat, tumpukan perhatian kepada bacaan dan mentadabburi makna bacaan dan zikir yg dibaca, supaya tidak ada laluan syaitan untuk mencelahi minda kita. Apabila ada lintasan-lintasan hati bahawa mungkin wudhu'nya terbatal, maka jangan dilayan khayalan2 tersebut.

- Memperbanyakkan taubat dan istighfar kepada Allah, dan berdoa bersungguh-sungguh supaya disembuhkan daripada penyakit was-was. Mudah-mudahan Allah menghilangkan penyakit was-was tersebut.

Wallah A'lam

Monday, January 23, 2012

ala-ala rindu nya

harmoni nya orang malaysia! i'm proud to be one of them :)



 one word, heart-touching.

Thursday, January 19, 2012

cik beah osem

tak perlu aku membebel, semuanya tersampai dalam video ni


made by another osem girl. 

Wednesday, January 18, 2012

hari ini saya malas

  sebenarnya hari-hari saya malas. saya hampir nak ponteng lab hari ni. tapi bila fikir sejenak, ape tujuan saya ke lab, apa tujuan saya belajar? saya dengan ajaibnya jadi rajin dan bersemangat. betol. tak tipu. kuikui

  semua yang kita lakukan sehari-harian macam makan, mandi, gosok gigi, garu-garu badan ke, kentut ke, sebenarnya semua adalah ibadah. cuma kita yang perlu selalu ingat yang semua itu adalah ibadah baru dapat pahala, syafaat dan kebaikan dengan sepenuhnya.

   kalau kita tak sedar semua itu adalah ibadat, kita hanya akan dapat perut kenyang saja. kalau kita sedar yang makan itu adalah suatu ibadat, kita bukan hanya dapat kenyang perut suka hati tapi dapat juga pahala. rugi kan kalau tak dapat pahala free2 camni.

  tujuan kita g lab atau belajar adalah kerana Dia. kita kena betolkan niat kita setiap pagi agar kita tak rugi. rugi sebab tak dapat pahala free. bayangkan kita duduk seharian di lab / kampus / sekolah / tempat kerja jika kita sedar yang kita sedang beribadat kepada Allah, saham2 atau pahala kita berlipat-lipat ganda dengan automatik. kayoooo kayoooooooo ambo kayoo. 


pesanan dari hati yang kecil : Don't forget to pray today, because God didn't forget to wake you up this morning.


Tuesday, January 17, 2012

saya dan sara

  pada hari isnin lepas, saya pergi buat lesen memandu. saya sangat nervous dan mengelak dari bercakap dengan orang. i sat quite far from others. saya taknak konsentrasi saya hilang.

  tapi minah yang comel ni datang tego saya jugak. rupa-rupanya dia dari indonesia. bila da mula bercakap, we cannot stop. we chit chat a bit and my nervousness hilang. tahap konsentrasi pun menurun, i try to gain my concentration back.

  she is a christian but she is far friendly and warm-hearted than me. after the license test, she asks anyone who came accross us. "macam mana kakak, macam mana encik?". suma orang yang dia sapa, jadi baik dengan sara dan juga saya. saya? saya hanya terpaku di situ menunggu keputusan diri sendiri. saya tidak endah sikit pon untuk bertanya pada orang lain.

  pada hari itu, tiada seorang pun yang berjaya. dalam perjalanan ke stesen tren berdekatan, terjumpa mamat cina ni, sara tanya nak pegi mana, mamat tu jawab nak pegi ke stesen tren jugak. sara pun ajak jalan bersama-sama.

   kitorang borak-borak sambil jalan and suprisingly we become very close. ada feeling yang sangat best. sampai mamat tu belanja kopi daripada vendor machine. walaupun kecil, rasa teramat happy.

  aku yang islam ni, yang sepatotnya lagi baik pada orang lain. tapi orang dari agama lain lagi baik. lagi punya personaliti yang hebat. aku sedikit tersentak.

  mulai hari ini mahu jadi orang yang lebih baik. saya harap saya sentiasa di ingatkan, di sentakkan lagi.

saya jatuh hati pada ilustrasi ini

pesanan kecil dari hati yang kecil ini
glorious is Allah, praise be to Allah, there is no God but He, Allah is great.

Monday, January 16, 2012

post pertama

   macam orang  lain, semua ada post pertama. saya pun mahu juga. nama saya siti wan kembang. terang-terangan berasal dari negeri cik siti wan kembang. teehee . cita-cita saya mahu jadi seorang yang osem. iaitu ordinary self, extraordinary muslimah. jazakumullah khoiran kathira ! :D