Thursday, January 26, 2012

was-was

Allah swt memaafkan hamba atas bisikan was-was yang mereka hadapi. Sabda Nabi :

إن الله عز وجل تجاوز لأمتي ما وسوست به وحدثت به أنفسها ما لم تعمل أو تتكلم به

“Sesungguhnya Allah mema’afkan umatnya apa-apa yang dibisikan (was-waas) dan apa sahaja yang melalui fikirannya, selama-mana dia tidak melakukannya atau berkata mengenainya” [Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim]. 

Was-Was adalah mainan Syaitan. Diantara 3 perkara utama yang dapat membantu mengatasi was-waas adalah :

1. Setiap kali wujud bisikan, cuba buat tidak tahu (ignore) bisikan tersebut. Cuba larikan fikiran anda dan di ganti dengan berzikir kepada Allah swt.

2. Mohon do’a banyak kepada Allah swt moga-moga dapat membantu anda didalam permasalahan was-waas. Diantara do’a yang boleh dibaca, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni melalui A’isyah ra.:

آمنا بالله وبرسله
“(Aamantu Billaahi wa bi rusulihi) – Aku beriman dengan Allah dan Rasulnya” sebanyak 3 kali.

3. Bejumpa orang yang alim didalam bidang hati dan cara pengubatannya. Mudah-mudahan orang alim tersebut dapat membantu. eg: Darul Syifa', dibawah kelolaan Dato Dr Haron Din.

Berikut adalah petikan dari jawapan Ustaz Abu Umair berkenaan dengan cara mengubati penyakit was-waas.

- Hendaklah disedari bahawa was-was seperti itu adalah daripada syaitan, untuk merosakkan amal ibadah hamba Allah. Maka jangan sekali-kali membiarkan diri kita terpedaya dan menjadi habuan musuh utama kita. Ulama mengatakan: "Ubat kepada was-was ialah keyakinan bahawa ia adalah daripada syaitan, dan Iblis yang membawanya kepada seorang muslim".

- Hendaklah diketahui bahawa mengulang-ulang solat, wudhu', takbiratul ihram dan lain2 amalan kerana waswas adalah suatu yang dicela syarak. Malahan sepakat ulama mengatakan ia adalah satu bidaah, dan kesesatan dalam agama. (Majmuk Fatawa Ibn taimiyyah).

- Memperbanyakkan meminta perlindungan dengan ALlah daripada gangguan syaitan, iaitu dengan mengamalkan istiazah-istiazah yang diajar oleh Nabi SAW. Antaranya: istiazah di dalam solat sebelum Fatihah, istiazah sebelum masuk bilik air, dan lain-lain.

- Di dalam solat, tumpukan perhatian kepada bacaan dan mentadabburi makna bacaan dan zikir yg dibaca, supaya tidak ada laluan syaitan untuk mencelahi minda kita. Apabila ada lintasan-lintasan hati bahawa mungkin wudhu'nya terbatal, maka jangan dilayan khayalan2 tersebut.

- Memperbanyakkan taubat dan istighfar kepada Allah, dan berdoa bersungguh-sungguh supaya disembuhkan daripada penyakit was-was. Mudah-mudahan Allah menghilangkan penyakit was-was tersebut.

Wallah A'lam

No comments:

Post a Comment